‘Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya’

MEKANISME penyasaran subsidi RON95 akan menggunakan sepenuhnya data Pangkalan Data Utama (PADU) dan penentuan kumpulan sasar ditentukan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih isi rumah, menurut Kementerian Ekonomi.

Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

Setakat 31 Mac 2024, seramai 10.55 juta individu telah mengemas kini maklumat dalam sistem PADU.

“Ketika ini, sistem berkenaan berada dalam Fasa 2, penganalisisan data yang melibatkan proses penentuan isi rumah, perbelanjaan asas kehidupan wajar dan pendapatan boleh guna bersih,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu.

Kenyataan Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai jumlah pendaftaran penuh Padu dan mengapa data PADU tidak digunakan bagi permohonan subsidi bersasar diesel.

Selain itu, kementerian berkata, langkah penyasaran semula subsidi minyak dimulakan dengan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

Penyasaran subsidi diesel melalui Budi Madani telah menggunakan semua pangkalan data sedia ada kerajaan yang berkaitan.

Dalam hal ini, maklumat daripada Budi Madani akan dikongsi dan diintegrasi ke dalam PADU dari semasa ke semasa bagi menambah baik data tersedia.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta