PKR Sabah sambut baik kerjasama BN, saran baiki hubungan dengan GRS

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyambut baik keputusan parti Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama seperti yang diumumkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, pihaknya berpendapat perkara itu adalah keputusan yang baik dari BN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) sebagai rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“PKR Sabah dan Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRN17.

“Sebelum ini telah diadakan pertemuan tidak rasmi sebanyak sekali antara PH Sabah dan BN Sabah, namun lebih baik kerjasama yang dibentuk ini tidak ada perselisihan dengan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pendapat kami BN perlu menjernihkan hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana kita tidak mahu pertelingkahan dua pihak ini menyebabkan PH tersepit dan menyukarkan gerak kerja dari segi jentera ketika pilihanraya berlangsung,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Razeef, BN boleh memainkan peranan penting dalam Kerajaan Negeri seiring usaha membangunkan semula Sabah dan dalam masa sama perkara itu tidak menghalang BN berperanan sebagai semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri.

“Apa yang penting, bagaimana peranan BN bersama PH dan GRS dalam Kerajaan Negeri dapat bersama-sama membangunkan negeri ini seperti yang dilakukan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

“Keutamaannya adalah pembangunan ekonomi dan infrastruktur negeri serta kebajikan rakyat,” jelasnya.

Justeru kata Razeef, PKR Sabah dengan autonomi yang ada akan mengadakan perbincangan bersama komponen PH untuk menentukan rakan kerjasama strategik yang akan memberi ruang baik dalam agenda reformasi di Sabah selaras Gagasan Malaysia MADANI.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16