PKR gantung Fahmi Zainol, Rafizi kekal ahli

KUALA LUMPUR – PKR menggantung serta-merta semua jawatan parti disandang Fahmi Zainol susulan pendakwaan mahkamah dihadapinya.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini selepas membincangkan kedudukan Fahmi yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, MPP memutuskan Fahmi digantung segala jawatan parti sehingga kes mahkamah terhadapnya diputuskan.

“Berhubung jawatan beliau di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan mengutuskan surat kepada YAB Ketua Menteri dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 27 Februari lalu, Fahmi, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April untuk sebutan semula kes.

Dalam perkembangan lain, MPP turut membincangkan isu surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Parti mengambil maklum bahawa beliau kekal sebagai anggota parti, dan mengingatkan beliau agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika dan disiplin parti sebagai tanda beliau masih setia sebagai anggota parti,” kata Fuziah.

Selain itu, Fuziah berkata mesyuarat MPP turut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa usul tergempar ke Dewan Rakyat esok bagi mengecam serangan Israel dan sekutunya ke atas Iran.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan