PKR fokus khidmat kepada rakyat

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memfokuskan kepada khidmat membela nasib rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerjasama antara parti dalam menghadapi pilihanraya adalah perkara yang akan terus dibincangkan, tetapi kini fokus PKR hanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kami ingin memastikan supaya kita semua melakukan khidmat yang terbaik kepada rakyat secara bersama, sementara kita mencari dan menguruskan perkongsian politik yang paling baik untuk menghadapi Pilihan Raya, tapi yang lebih penting, keadilan sebagai sebuah parti mesti yang paling ke depan dalam membela nasib rakyat.

“Saya berpendapat, apabila perkara itu berlaku secara sederhana, itu memberi ruang kepada parti keadilan untuk memastikan apa pun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan, apa pun corak dan bentuk kerjasama sewaktu Pilihan Raya itu tidak mengekang kemampuan parti ini untuk menjadi parti yang membela masyarakat.

“Kita telah melihat peningkatan yang membanggakan dalam tempoh enam bulan lepas, salah satunya mata wang ringgit adalah mata wang yang terbaik di dunia berbanding dolar, kita juga telah melihat pertumbuhan ekonomi yang melangkaui jangkaan, jadi ini menjelaskan bagaimana rakyat dapat dibantu,” katanya kepada media selepas perasmian Madani Sinergy Centre, di Suria Inanam, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR dalam ucapan perasmiannya berkata, selaras dengan penubuhan pejabat baru Madani Sinergy Centre itu, PKR perlu meningkatkan prestasi gerak kerja mereka.

“PKR harus meningkatkan gerak kerja dengan lebih pantas. Ketua-ketua cabang perlu memainkan peranan bersikap lebih terbuka menerima perkara baharu dalam tatacara pelaksanaan gerak kerja masa kini.

“Walaupun kini keadaan untuk parti keadilan Sabah adalah baik kerana rakyat Sabah cenderung menyokong kerajaan persekutuan, namun PKR harus tetap meningkatkan prestasi dengan tidak membiarkan ‘penyakit’ dalam parti ini menjadi penghalang di masa Pilihan Raya nanti,” jelasnya.

  • Related Posts

    Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

    KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

    KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

    Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

    Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

    Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

    Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

    Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

    Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

    Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

    Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

    Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

    Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

    Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi