PKR Cabang Kimanis sedia tanding 2 kerusi DUN di Kimanis

KIMANIS – PKR Cabang Kimanis sebulat suara bersetuju dan mengesyorkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut diberikan kepada PKR untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat cabang pada Ahad, sebagai langkah strategik membawa Cabang Kimanis ke tahap yang lebih progresif dan relevan dalam landskap politik semasa.

Ketua Cabang Kimanis yang baharu, Niki Mohan Singh Ramsay, menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan PKR dalam meraih kemenangan di kedua-dua DUN tersebut.

“Kami yakin PKR kini mempunyai calon-calon yang berwibawa, diterima oleh rakyat, serta mendapat sokongan padu daripada akar umbi untuk membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua kawasan DUN ini.

“Selain itu, kewujudan dua pejabat operasi PKR di Cabang Kimanis, iaitu di Kimanis Centro dan Membakut Jaya (MJ), turut memperkukuh lagi kesiapsiagaan dan kesungguhan kami untuk meletakkan calon di DUN Bongawan dan Membakut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Mesyuarat Pertama PKR Cabang Kimanis bagi sesi 2025-2028, di Pejabat PKR Cabang Kimanis Centro Kimanis, pada Ahad.

Selain itu, beliau juga turut melantik dua dari ahli pasukan yang tewas dalam pemilihan PKR baru-baru ini sebagai tanda kematangan politik dan keikhlasan terhadap perpaduan.

Menurutnya, pelantikan Manja Matdin sebagai Setiausaha Cabang dan Awg Fadzil Awg Amin sebagai Setiausaha Pengelola adalah demi kemajuan parti PKR di Kimanis.

Niki Ramday juga menegaskan bahawa setiap ahli jawatankuasa yang dilantik mencerminkan wajah parti di mata rakyat.

“Oleh itu, semua anggota diwajibkan menjaga adab, etika serta sikap yang profesional dalam setiap tindakan dan ucapan.

“Rakyat menilai parti bukan hanya melalui dasar, tetapi melalui tingkah laku dan komitmen pemimpin terhadap perjuangan parti,” ujarnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis