25,000 pengunjung dijangka hadir ke Program MADANI Rakyat 2025 Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 25,000 pengunjung dijangka membanjiri Toppen Shopping Centre, Tebrau, di sini, sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Johor yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Mei ini.

Sekretariat PMR 2025 dalam kenyataan memaklumkan, acara perasmian bermula pada Jumaat ini bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 3 petang nanti.

Menurut kenyataan itu, program dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan kerajaan Johor bertemakan ‘Belia MADANI, Yakin Boleh’ akan berlangsung serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Johor.

“PMR 2025 Negeri Johor akan memberi keutamaan kepada pemberdayaan belia dan sukan menerusi pelbagai perkhidmatan seperti aktiviti sukan massa, inisiatif pembangunan kerjaya, keusahawanan dan kesejahteraan sosial serta libat urus bersama komuniti setempat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan program itu pada 3 petang, 23 Mei dengan majlis turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan pelaksanaan PMR 2025 Negeri Johor melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan dalam memperkasakan belia.

“Penganjuran kali ini mengambil pendekatan secara strategik dan bersasar, dengan tumpuan khusus kepada keterlibatan langsung serta efektif antara kerajaan dan rakyat.

“Kaedah ini membolehkan pelaksanaan program lebih berfokus, memenuhi keperluan tempatan serta menyampaikan manfaat secara langsung kepada komuniti sasaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dijemput memeriahkan acara dan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya ‘touchpoint’ rakyat, inisiatif kesejahteraan, jualan MADANI, kaunter saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkhidmatan kesihatan, tawaran pekerjaan dan program pertukaran topi keledar.

Program bermula 10 pagi hingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu serta dari 10 pagi hingga 6 petang Ahad turut melibatkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Related Posts

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta rakan industri bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan mampan serta memberi impak nyata kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit