Pindaan Akta FINAS perlu untuk kekal relevan

PUTRAJAYA – Cadangan pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 antara agenda utama dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching bersama Ahli Lembaga Perbadanan FINAS, semalam.

Nie Ching menerusi satu hantaran di Facebook berkata, cadangan itu adalah langkah penting bagi memastikan akta sedia ada terus relevan dengan perkembangan teknologi serta trend baharu dalam penghasilan kandungan digital.

“Dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, saya yakin industri kreatif negara berupaya berkembang dengan lebih pesat, inklusif dan mampan.

“FINAS akan terus memainkan peranan penting dalam membina ekosistem yang menyokong bakat tempatan, mendorong inovasi serta mengangkat Malaysia sebagai hab kandungan serantau yang disegani,” katanya.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Nie Ching dalam masa sama turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan ‘Ejen Ali The Movie 2’ yang secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada drama siri ‘Bidaah’ yang mencatat lebih 2.5 bilion tontonan menerusi platform digital dan media sosial.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter