Pindaan Akta FINAS fokus digitalisasi, lindung hak pekerja seni

KUCHING – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini dalam fasa akhir penyediaan draf pindaan Akta FINAS 1981 (Akta 244) yang menyasarkan pelaksanaan lebih menyeluruh dan selari dengan perkembangan teknologi semasa industri kandungan digital.

Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac menegaskan antara elemen utama pindaan akta ini ialah digitalisasi dalam aspek penyediaan format kandungan, sekali gus memperkasakan peranan FINAS dalam mengurus dan memantau industri kreatif secara lebih berkesan.

“Akta baharu ini bukan hanya memperkenal digitalisasi sebagai keperluan utama, tetapi turut memberi kuasa yang lebih jelas kepada FINAS serta memperuntukkan penalti kepada mana-mana pihak yang tidak mengikuti struktur dan garis panduan kerajaan,” katanya kepada pihak media selepas hadir Program One Step Closer: Sesi Libat Urus yang berlangsung di Auditorium FINAS Cawangan Sarawak pada Selasa.

Hans juga menekankan pindaan akta ini turut mengambil kira kebajikan pekerja seni termasuk jaminan terhadap perlindungan seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Nasib golongan pekerja seni akan terus dibela. Mereka adalah nadi industri dan perlindungan sosial untuk mereka harus dilindungi oleh undang-undang,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Hans menegaskan pindaan akta ini tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya kerana ia memerlukan penglibatan menyeluruh daripada semua kementerian yang berkaitan.

“Kita perlu serahkan dokumen pindaan ini kepada setiap kementerian terlibat untuk mendapatkan nasihat dan pandangan mereka terlebih dahulu,” ujarnya.

Katanya lagi, sebarang akta atau pindaan perundangan harus melalui proses konsultasi yang menyeluruh supaya tidak bercanggah dengan dasar atau peraturan kementerian lain.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, draf akhir pindaan akta berkenaan dijangka dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan lanjut.

Pihaknya berharap agar pindaan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen seawal Julai tahun ini, namun tarikh tersebut bergantung kepada kelulusan dan giliran pembentangan yang ditetapkan kerajaan.

Pindaan tersebut turut mengambil kira kemunculan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), model perniagaan penstriman dan media sosial yang kini menjadi tunjang utama industri kandungan.

“Akta ini mesti relevan dan boleh menangani cabaran masa depan. Selain memberi perlindungan kepada penggiat seni, ia juga memperkukuh hak penerbit untuk menjana pendapatan melalui harta intelek (IP),” kata Azmir.

Objektif utama pindaan termasuk perluasan skop kawal selia, penetapan kadar bayaran baharu dan penyediaan garis panduan terkini yang dapat melindungi dan menyokong pertumbuhan industri kreatif negara.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri