Kukuhkan agenda tenaga hijau, langkah penting ke arah pembangunan mampan di Sabah

KOTA KINABALU – Pelancaran projek ‘Sustainable Mobility (Electric Vehicle) & Renewable Energy Solution’ antara usaha untuk memperkukuh agenda tenaga hijau yang merupakan langkah penting ke arah pembangunan mampan negeri ini.

Pengerusi Sustainable Future (SF), Datuk Mohd Banuri Aris berkata, SF bersama rakan strategik Borneo Sabah Energy (BSE) dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai syarikat bersekutu terus komited untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif yang mesra alam dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Menurut beliau, dengan mengintegrasikan penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) dan tenaga boleh baharu, teknologi ini menjadi kunci utama dalam menangani cabaran perubahan iklim dan merubah landskap pengangkutan di Sabah.

“Kolaborasi strategik ini dengan sokongan padu dari Kerajaan Negeri Sabah dijangka membawa banyak manfaat, termasuk mengurangkan pelepasan karbon, meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan pencemaran bunyi.

“Penggunaan EV yang lebih meluas dapat menjimatkan kos pengguna, meletakkan Sabah sebagai pelopor inovasi hijau dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara,” katanya dalam pelancaran Projek ‘Sustainable Mobility (Electric Vehicle) & Renewable Energy Solution’ di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

Tambahnya, KPF turut memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan projek ini memberi impak positif kepada komuniti dan ekonomi tempatan, sejajar dengan visi untuk membawa perubahan mampan melalui teknologi hijau dan memacu inovasi.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Borneo Sabah Energy (BSE), Abdul Halim Sidek Gulam Hassan berkata, komitmen BSE untuk bersama-sama melestarikan persekitaran hijau dan menyokong ekonomi hijau yang mampan.

“BSE akan bekerjasama dengan SF untuk memperkenalkan mobiliti hijau di Sabah melalui EV seperti lori pengangkut, bas, pacuan empat roda, skuter dan motosikal.

“Sasaran pasaran utama BSE adalah berkaitan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Sabah.

“BSE juga akan memastikan penyediaan Stesen Pengecas ‘Charging Station’ untuk memudahkan penggunaan kenderaan elektrik di negeri ini,” katanya.

Sebagai simbolik kerjasama tersebut, Majlis Menandatangani Perjanjian antara BSE dan SF yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang