Piala Kelab Dunia 2025 milik Chelsea

PEMAIN Kebangsaan England, Cole Palmer mempamerkan aksi kelas dunia apabila meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam separuh masa pertama ketika Chelsea membenam Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 pada final Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey awal pagi tadi.

Perlawanan dihadiri 81,118 penonton itu menyaksikan kelab England berkenaan mendominasi sepenuhnya permainan, sekali gus menundukkan juara Eropah dan Perancis yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di penghujung aksi.

Palmer membuka tirai jaringan pada minit ke-22 selepas kesilapan pertahanan PSG, Nuno Mendes yang menghadiahkan bola kepada Malo Gusto.

Percubaan awal Gusto dihalang Mendes, namun pemain itu bijak mendapatkan semula bola dan melorongkan kepada Palmer yang tidak dikawal.

Pemain muda England itu tenang menyudahkan peluang dengan rembatan ke tiang kiri gol menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Selepas rehat penyejukan minit ke-30, Palmer terus menyinar apabila menggandakan kelebihan Chelsea menerusi jaringan cantik hasil lorongan Levi Colwill.

Tidak cukup dengan dua jaringan, Palmer kemudian bertindak selaku pencipta gerakan gol ketiga.

Larian bijaknya di bahagian tepi disudahkan dengan hantaran kepada Joao Pedro yang bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan Donnarumma dengan lambungan kemas pada minit ke-41.

PSG terus dirundung malang apabila pemain tengah, Joao Neves dilayangkan kad merah pada minit ke-83 selepas menarik rambut Marc Cucurella dalam insiden yang mencetuskan ‘kekecohan kecil’.

Kemenangan Chelsea membolehkan The Blues membawa pulang trofi kejuaraan kelab dunia format baharu 32 pasukan yang diperkenalkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ini adalah kejuaraan kedua Chelsea selepas merangkul kejuaraan sama edisi Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2021 selepas menewaskan Palmeiras, 2-1 dalam masa tambahan.

Related Posts

RM7.05 juta diperuntuk naik taraf kemudahan sukan Stadium Negeri Sarawak

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad KUCHING – Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM7.05 juta bagi memastikan kemudahan sukan itu berada pada tahap selamat, moden dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 pada aksi terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi