Pembangkang dicabar bawa usul undi tidak percaya terhadap Anwar – Taufiq

SUNGAI PETANI – Pembangkang dicabar membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan menamakan individu yang kononnya layak menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan, tiada lagi pemimpin lebih layak berbanding Ahli Parlimen Tambun itu yang berjaya memulih dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

“Jika pembangkang berani nak bawa satu gerakan kononnya menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya mencabar kalau ada mana-mana ahli Parlimen yang berani membawa usul undi tidak percaya dalam Parlimen, adakah akan mendapat sokongan?

“Dan silakan pembangkang namakan pemimpin yang boleh menggantikan Perdana Menteri hari ini… untuk masa sekarang dengan keadaan ekonomi teruk, tarif yang dikenakan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) agak tinggi, bagaimana untuk mengimbangkan negara… kita perlu seimbangkan pemulihan dan pembangunan, maknanya di samping nak pulih ekonomi, kita juga nak bangunkan ekonomi kita,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung Himpunan ‘Turun Anwar’ ketika hadir ke majlis penyerahan projek naik taraf Medan Selera Jalan Dewa di sini hari ini.

Jelas Taufiq, Anwar sendiri mempunyai sokongan penuh 154 ahli Parlimen yang sentiasa mendokong pentadbiran Kerajaan MADANI tanpa perlu dipertikai lagi.

“Kita mesti tahu asas perhimpunan untuk apa, apa yang perlu didesak? Sekarang Perdana Menteri sudah melakukan satu usaha yang baik, pelaburan asing yang cukup banyak, peningkatan bantuan kebajikan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan setiap tahun, Bajet Ekonomi MADANI setiap tahun dinaikkan.

“Kalau pembangkang cuma mainkan sentimen, apakah sebenarnya keutamaan perhimpunan itu diadakan? Apa sebab musabab nak ‘Turun Anwar’?” soalnya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis