PH pamer kekuatan awal di Sipitang, ribuan penyokong iring calon ke pusat penamaan

SIPITANG – Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) membanjiri Dataran Top10 dan kawasan sekitar Dataran Esplanad Sipitang seawal pukul 8 pagi menjelang proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Sorakan seperti ‘Undi Hafez’, ‘Reformasi’ dan ‘Yamani’ bergema sepanjang laluan menuju ke Dewan Serbaguna Sipitang, Pusat Penamaan Calon (PPC) menjadikan suasana antara yang paling meriah.

Tinjauan mendapati lambakan bendera PH mendominasi pekan Sipitang berbanding parti-parti lain ini sebagai isyarat awal kekuatan jentera dan sokongan pengundi di kerusi tersebut.

Turut kelihatan mantan penyandang kerusi (DUN) Sindumin, Datuk Dr Yusuf Yacob yang turut memberikan sokongan kepada calon PH tersebut. 

Sementara itu, rombongan anak muda permotoran turut mengiringi calon PH ke Dataran Top10 sebelum menuju ke Dewan Penamaan Calon, suasana konvoi turut menyemarakkan semangat calon sebelum proses pencalonan rasmi bermula pada pukul 9 pagi, pada Sabtu.

Walaupun meriah, keadaan kekal terkawal dengan pemantauan polis, penyokong dari semua parti sekadar melaungkan slogan masing-masing tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan