PH kekal tolak politik kotor, terus berpegang kepada prinsip integriti

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) kekal teguh berpegang pada prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dan tidak akan tunduk kepada sebarang taktik politik kotor yang cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sabah, Chan Loong Wei berkata, PH tidak goyah walaupun berdepan serangan politik yang tidak berasas, termasuk cubaan menuding jari terhadap gabungan itu dalam isu yang langsung tiada kaitan dengan mereka.

“Tindakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang didakwa cuba mengheret nama PH dalam usaha untuk menutup skandal rasuah yang membabitkan dirinya, susulan pendedahan mesej-mesej WhatsApp oleh seorang pembongkar maklumat bernama Albert.

“Pakatan Harapan tidak akan sesekali terlibat dalam permainan alih perhatian sebegini.

“Kami konsisten dengan prinsip kejujuran dan ketelusan kerana rakyat sudah muak dengan politik fitnah dan sandiwara,” tegasnya dalam kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Jelasnya, tumpuan sepatutnya diberikan kepada pendedahan 12 tangkap layar WhatsApp yang dikatakan membuktikan Jeffrey menerima wang dalam bentuk rasuah antara April hingga Disember 2023.

“Mesej-mesej itu didakwa menunjukkan permintaan wang sehingga RM200,000 bagi urusan pembelian tanah selain bayaran untuk perbelanjaan peribadi, sambutan perayaan dan kos perjalanan termasuk mesej di mana Jeffrey dikatakan menggunakan frasa “klu ada Christmas gift” untuk meminta wang daripada pemberi.

“Ini bukan tuduhan kosong malah ini bukti hitam putih yang sangat jelas. 

“Malangnya, daripada menjawab dakwaan ini, Jeffrey cuba memesongkan fokus rakyat dengan menyerang PH,” katanya.

Chan turut berkata bahawa PH tidak ada kaitan dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan Jeffrey sebagai cubaan terdesak untuk selamatkan diri secara politik.

Dalam pada itu, Chan turut menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan seperti ini boleh merosakkan lagi imej politik negara dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi.

“Rakyat tidak mahu lagi menyaksikan politik yang dipenuhi dengan helah dan pembohongan. 

“Apa yang mereka mahukan ialah pemimpin yang berani bertanggungjawab, jujur dan berkhidmat secara jujur,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut berkata bahawa PH akan terus menjadi gabungan yang mendukung integriti fokus kepada penyelesaian isu rakyat dan tidak akan terjebak dalam politik kotor.

“Kita mesti kembali kepada asas politik yang sebenar membela rakyat, membina masa depan bukan mencipta musuh untuk lari daripada tanggungjawab.

“Cukup-cukuplah dengan taktik kaburi mata rakyat. Jika benar tidak bersalah, hadap dan jawab kerana rakyat kini sudah celik dan tidak mudah diperdaya,” katanya lagi.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy