Petronas perkukuh kerjasama dengan kerajaan Sabah demi pertumbuhan tenaga lestari

KOTA KINABALU – Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang bersama Kerajaan Sabah dengan memeterai beberapa perjanjian penting sempena Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) 2025 bagi memajukan lanskap tenaga lestari negeri ini.

Naib Presiden Kanan MPM, Datuk Ir. Bacho Pilong berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan landskap tenaga Sabah melalui pembangunan yang kolaboratif, lestari dan berasaskan nilai.

“Pencapaian ini mengukuhkan lagi kerjasama kami bersama Kerajaan Negeri Sabah yang dibina atas kepercayaan bersama dan visi sepunya untuk meneroka sepenuhnya potensi sumber tenaga negeri ini secara bertanggungjawab.

“Kita secara bersama akan terus mempercepatkan pembangunan mampan, memperkukuh keselamatan tenaga serta mencipta nilai jangka panjang demi manfaat Sabah dan negara,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Jelasnya, majlis itu menandakan kemajuan penting dalam pembangunan tenaga Sabah dengan penyerahan rasmi dokumen ‘Sabah Gas Strategy’ iaitu inisiatif bersama Petronas dan Kerajaan Negeri Sabah di bawah nasihat Sabah Joint Coordinatine Committee (JCC).

“Strategi ini dibangunkan oleh Joint Task Force (JTF) yang terdiri daripada Petronas, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC), Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE),” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, satu lagi pencapaian penting ialah pemeteraian Technical Evaluation Agreement (TEA) bagi Lembangan Layang-Layang di luar pesisir Sabah, sebuah lembangan sempadan yang meliputi kira-kira 44,500 kilometer persegi.

“TEA yang dimeterai bersama ConocoPhillips Malaysia New Ventures Ltd (COP) dan Pertamina Hulu Energi (Pertamina) ini membuka laluan bagi kajian menyeluruh, merangkumi penilaian geologi serantau hingga analisis prospektiviti yang terperinci.

“Bagi memperkukuh kerjasama dalam penerokaan da pengeluaran, Petronas juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dialog Resources Sdn Bhd (DIALOG) bagi pembangunan Kluster Mutiara yang terletak di luar persisiran pantai Timur Sabah,” tambahnya.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon