BESarawak umum barisan kepemimpinan baharu, perkukuh ekosistem acara perniagaan Sarawak

KUCHING – Business Events Sarawak (BESarawak) mengumumkan pelantikan tiga pegawai kanan baharu berkuat kuasa Julai ini sebagai usaha memperkukuh ekosistem acara perniagaan negeri selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Jason Tan Chin Foo dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas lebih 10 tahun berkhidmat bersama agensi itu sejak 2012.

Anedia Kahar, antara anggota terawal sejak penubuhan BESarawak pada 2006, kini menyandang jawatan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan

Beliau dikenali sebagai individu penting di sebalik pelaksanaan rangka kerja Impak Legasi Sarawak yang memperkukuh nilai acara di Sarawak.

Manakala, Joachim Soon dilantik sebagai Pengurus Besar Kapasiti dan Pendigitalan yang bertanggungjawab menerajui pembangunan bakat dan inovasi digital dalam sektor acara perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman berkata, penstrukturan semula itu penting bagi memperkukuh pelaksanaan fasa akhir Pelan Tindakan Induk Impak Legasi.

“Kita mahu bangunkan kepemimpinan yang membawa perspektif baharu demi mewujudkan ekosistem acara perniagaan yang lebih kukuh dan mampan,” katanya.

Langkah tersebut sekali gus mencerminkan komitmen BESarawak dalam menjadikan Sarawak destinasi acara pilihan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka