Pesta Kebudayaan Apau Koyan pelihara identiti masyarakat Orang Ulu

Oleh: Elina Bete

BELAGA – Warisan budaya Orang Ulu tetap terus dipelihara biarpun dalam arus era globalisasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, Pesta Kebudayaan Apau Koyan diadakan bertujuan memelihara kebudayaan dan warisan masyarakat Orang Ulu.

“Oleh itu Pesta Kebudayaan Apau Koyan bukan perayaan biasa tetapi merupakan usaha kolektif bagi memastikan identiti budaya terus dikembangkan,” ujar beliau.

Tambah beliau, persembahan ini dapat melambangkan keragaman dan keindahan budaya masyarakat Orang Ulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Kebudayaan Pesta Kebudayaan Apau Koyan 2024 pada Rabu.

Kennedy turut berharap pesta ini dapat mempamerkan keunikan kebudayaan Orang Ulu sekali gus menyokong kelestarian kebudayaan masyarakat tersebut.

“Saya turut mengharapkan semua lapisan masyarakat dapat terlibat dalam usaha kita untuk melakarkan sejarah yang baru iaitu rekod dunia ‘The Largest Sape Sculpture Hand Crafted From Recycled Metal’ and ‘The Most Participants In A Traditional Orang Ulu Music And Dance Ensemble Performance’ yang akan diadakan pada 12 Disember ini,” ujar beliau lagi.

Difahamkan Pesta Kebudayaan Apau Koyan 2024 berlangsung bermula 8 hingga 14 Disember ini di Tapak Pesta Sungai Asap, Belaga.

Related Posts

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

KUCHING – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memberi jaminan siasatan terperinci dan telus dijalankan susulan dakwaan insiden salah laku disiplin membabitkan pelatih di sebuah kampusnya di Sarawak, baru-baru ini. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa