
SRI AMAN – Projek Keluarga Angkat Madani telah diselaraskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad, telah membuat lawatan ke tapak Projek Kampung Angkat Madani di SK Nanga Tebat, Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak.
Projek Kampung Angkat Madani tersebut melibatkan sebuah sekolah di kawasan berkenaan iaitu SK Nanga Tebat, Betong serta enam buah rumah panjang di sekitarnya.
Kehadiran kakitangan ibu pejabat JANM dan JANM Negeri Sarawak telah disambut oleh Guru Besar SK Nanga Tebat, Ritie Nyarapong.
Turut hadir menyertai program ini adalah tuai-tuai rumah di kawasan berdekatan.
Selain itu, sebanyak tujuh buah rumah panjang lain akan turut serta dalam program ini untuk dijadikan sebagai Kampung Angkat Madani dan akan menerima manfaat menerusi bantuan Projek Keluarga Angkat Madani yang diselaraskan oleh JANM.
Menerusi program ini, penduduk dan sekolah dikawasan sekitar bakal mendapat manfaat serta peningkatan dari segi kemudahan infrastruktur.
Turut hadir bersama Timbalan Akauntan Negara Korporat Puan Zainani Jusoh, Timbalan Pengarah BPPP JANM Puan Gloria Angela James Noah, dan Pengarah JANM Sarawak Encik Zainudin Manaf.