Pesakit kencing manis kronik terima sumbangan PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan bantuan wang tunai dan bakul makanan kepada Luthfi Hasyim, seorang penghidap kencing manis kronik yang dalam masa sama berjuang membesarkan tiga anaknya.

Bantuan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Luthfi di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

“Beliau menghidap kencing manis kronik sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

“Namun, di sebalik ujian itu, beliau tetap tabah menyempurnakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga,” kata Ahmad Farhan menerusi catatan di Facebook, yang turut dikongsi Perdana Menteri.

Luthfi, seorang peniaga kedai runcit, menetap bersama isteri dan tiga anaknya.

Ahmad Farhan berkata, ketabahan Luthfi menjadi peringatan bahawa meskipun diuji dengan cabaran besar, manusia tetap mampu berdiri teguh demi keluarga.

“Semoga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga,” katanya.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital