Persoalan harga lantai padi dijawab Khamis depan

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menjawab persoalan mengenai harga lantai padi, menerusi satu kenyataan menteri di sidang Dewan Rakyat pada 13 Februari depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, dan satu sesi perbahasan akan diadakan selepas itu.

“Beliau (Datuk Seri Mohamad Sabu) akan menyampaikan kenyataan Menteri ataupun ‘ministerial statement’ di Parlimen pada 13 Februari, hari Khamis, mengenai isu beras khusus berkait harga lantai bagi padi.

“Jadi kita sama-sama tunggu kenyataan penuh daripada Menteri Pertanian pada 13 Februari ini,” katanya pada sidang media pasca Kabinet, hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) hari ini membuat dua tuntutan kepada kerajaan termasuk meningkatkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800 per tan.

PeSawah yang mewakili suara pesawah dan petani seluruh negara turut membantah Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman yang berkemungkinan akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

Mengulas perkara itu, Pengerusi PeSawah, Abdul Rashid Yob berkata, harga lantai ketika ini sudah tidak relevan berikutan kenaikan kos berkaitan diesel dan benih padi.

“Kami menggesa kerajaan untuk menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800. Harga lantai ketika ini sudah tidak relevan berikutan kenaikan kos berkaitan diesel dan benih padi.

“Kenaikan harga padi ini penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.

“Harga lantai pada ketika ini telah ditetapkan pada tahun 2023 dan sudah ketinggalan zaman serta tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berikutan kenaikan kos diesel dan benih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai 10 wakil PeSawah menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Mengenai bantahan terhadap RUU Kualiti Benih Tanaman pula, katanya ia dibuat tanpa sebarang rundingan bersama petani dan pesawah.

“RUU ini akan mewajibkan setiap individu yang memproses dan mengedar benih tanaman untuk memperolehi lesen dan menghantar sampel benih ke makmal untuk ujian pengesahan.

“Kami difahamkan bahawa RUU ini juga memperuntukkan denda bernilai RM100,000 dan 3 tahun penjara kepada penyimpan dan pengedar benih yang tidak mempunyai lesen. Kami membantah sekeras-kerasnya cadangan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman, RUU ini dilihat akan membebankan petani kecil seperti kami.

“Kami berharap agar kerajaan dapat memberikan perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kelestarian dan serta keterjaminan makanan negara,” ujarnya.

Himpunan PeSawah yang berlangsung di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dihadiri oleh kira-kira 120 orang peserta terdiri daripada pesawah dan petani dari Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Related Posts

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

INDEKS Kebahagiaan IPSOS 2025 mencatatkan Malaysia berada pada tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global sekali gus mengatasi beberapa negara maju di Asia. Berdasarkan hasil tinjauan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru KAFA, takmir, imam dapat duit raya RM250

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut kini boleh mengukir senyum menjelang Aidilfitri ini kerana bakal mendapat ‘duit raya’ daripada Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

PRN17 Sabah: PKR kemas kini kerusi, serah rundingan pada PKR Sabah

  • By Fatin
  • March 22, 2025
PRN17 Sabah: PKR kemas kini kerusi, serah rundingan pada PKR Sabah