Persatuan Dangsanak perkasa ukhuwah, kebajikan anak perantau Limbang

LIMBANG – Penubuhan Persatuan Dangsanak dilihat sebagai satu inisiatif murni dalam menjaga kebajikan dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan anak jati daerah ini yang berhijrah ke luar kawasan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, peranan persatuan itu amat penting bagi memastikan nasib ahlinya sentiasa terbela, khususnya mereka yang mencari rezeki jauh dari kampung halaman.

“Setakat ini, lebih 500 ahli terdiri daripada anak jati Limbang yang menetap di Miri, Kuching, Bintulu serta Semenanjung telah berdaftar.

“Walaupun berjauhan, semangat kekitaan ini masih utuh dan sentiasa dipelihara,” katanya ketika berucap sempena Majlis Hari Raya Jalinan Kasih di Dewan Bunga Raya pada Ahad. 

Menurut Hasbi, pelbagai bentuk bantuan kebajikan telah digerakkan sejak persatuan itu ditubuhkan, merangkumi sumbangan ketika sakit, khairat kematian, bantuan pendidikan dan sokongan moral.

Jelas beliau, inisiatif sedemikian bukan sahaja meringankan beban ahli yang ditimpa musibah, malah mengutuhkan lagi ikatan persaudaraan komuniti berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan istilah ‘dangsanak’ yang bermaksud persaudaraan dalam bahasa tempatan merupakan asas utama penubuhan persatuan terbabit.

Sehubungan itu, beliau menyeru barisan ahli jawatankuasa (AJK) tertinggi persatuan agar lebih proaktif memantau dan mengenal pasti ahli yang memerlukan bantuan segera.

“Pemantauan berterusan amat penting supaya setiap permasalahan dapat ditangani dengan cepat dan berkesan. Ahli juga perlu saling peka dan mengambil berat antara satu sama lain.

“Selain aspek kebajikan, persatuan digalakkan memperluas peranan dalam pembangunan modal insan generasi muda dengan menjadi platform penganjuran program pendidikan, latihan kemahiran serta keusahawanan,” ujarnya.

Tambah beliau, jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta juga perlu diperkukuh bagi membuka lebih banyak peluang sosioekonomi kepada ahli.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Pengerusi Persatuan Dangsanak, Mohamad Amit Besar dan Pengerusi Persatuan Melayu, Mohammad Abu Bakar.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah