Perpaduan dalam konteks Malaysia MADANI: Cabaran dan harapan

UCAPAN Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, dalam program Ihya’ Ramadhan “Berkat Musyawarah: Malaysia MADANI” di Alor Setar, Kedah semalam bukan sekadar peringatan tentang kepentingan perpaduan, tetapi ia satu cabaran kepada rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian yang dikecapi.

Dalam konteks pembinaan negara bangsa, nilai perpaduan yang beliau tekankan di kawasan sekitar Masjid Al-Ehsan dan Pagoda Tongkang Yard di Kota Darulaman sepatutnya menjadi ikutan kepada masyarakat lain.

Keakraban yang terjalin antara dua rumah ibadat ini bukan hanya simbolik, tetapi juga bukti bahawa kehidupan bersama dalam kepelbagaian boleh wujud dengan harmoni jika ada rasa hormat dan toleransi yang tinggi.

Namun, persoalannya ialah sejauh mana nilai ini dapat terus diperkukuhkan dalam era yang semakin mencabar?

Dengan dunia digital yang sering mempercepatkan penyebaran sentimen perkauman dan agama, pendidikan serta komunikasi yang berkesan menjadi kunci utama memastikan pemahaman antara kaum dan agama tidak terhad hanya kepada slogan.

Ketika Ismail menegaskan perlunya usaha berterusan dari segi pendidikan, polisi sosial, dan komunikasi antara kaum, ini menggambarkan betapa perpaduan bukan sekadar diwarisi tetapi harus dipelihara secara aktif.

Kerjasama antara institusi agama dalam berkongsi kemudahan dan ruang juga harus diperluaskan kepada aspek kehidupan lain, termasuk ekonomi dan pendidikan, agar lebih ramai dapat merasai manfaat perpaduan yang sebenar.

Seperti yang dinyatakan beliau, isu-isu sensitif seperti perbezaan agama, politik dan ekonomi perlu ditangani dengan bijak.

Ini bermakna semua pihak, termasuk pemimpin, media, dan masyarakat sendiri, harus memainkan peranan dalam meredakan ketegangan apabila sesuatu isu timbul, bukannya menambah api dalam sekam.

Di sebalik cabaran, harapan masih ada. Model perpaduan yang wujud di Tongkang Yard perlu dijadikan inspirasi bahawa keharmonian bukan sesuatu yang mustahil.

Namun, ia memerlukan usaha berterusan dan kesediaan setiap rakyat Malaysia untuk menjadikan kepelbagaian atau diversiti sebagai kekuatan, bukannya pemisah.

Related Posts

Malaysia MADANI: Fakta vs retorik Hadi Awang

KENYATAAN terbaharu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tentang Malaysia MADANI tampak gah dengan rentetan ayat al-Qur’an, kisah umat terdahulu dan teori Ibn Khaldun. Tetapi di sebalik retorik berat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Alumni bantah tutup AYTK: Jangan musnahkan 40 tahun legasi bantu pelajar B40

PERSATUAN Alumni Penghuni Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (PAPAYTK) tampil membantah keputusan menutup Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) dalam tempoh enam bulan, menyifatkannya sebagai keputusan terlalu drastik yang boleh menjejaskan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM