Bayi lelaki bertali pusat, berbalut kain ditemukan di tepi jalan

SEMPORNA – Bayi lelaki masih bertali pusat dalam bungkusan kain ditemukan di kawasan rumput di tepi jalan Kampung Keramat, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, bayi seberat 3.1 kilogram itu kini dirawat di Hospital Semporna.

“Orang awam menemui bayi itu pukul 1 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Doktor yang merawat mengesahkan tiada sebarang kecederaan ke atas bayi dan bayi dalam pemantauan,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Jelas Sabri, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 013-7557293 atau hotline IPD Semporna 089-782020,” katanya.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan