Permohonan, pertambahan ahli sertai PGRS bukti parti di landasan betul

TAWAU – Permohonan dan pertambahan bilangan ahli menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menunjukkan parti ini berada di landasan yang betul.

Ketua Penerangannya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, semakin ramai ahli menyertai parti tempatan berkenaan yang banyak memberi manfaat pada rakyat.

“Kesungguhan kerajaan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Plus banyak perkara telah dicapai untuk kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

“Inilah masanya orang Sabah bersatu dalam parti tempatan dan dibawah kepimpinan kerajaan negeri hari ini,” katanya selpas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya di Dataran Pentas Kampung Tanjung Batu Laut Tawau, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nizam yang juga Ketua Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 12 berkata jentera parti kini giat diperkemas dalam memastikan kemenangan calon yang bertanding pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan atas kepercayaan tinggi diberikan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor kepadanya untuk menyelaras Zon 12.

“Zon 12 meliputi Parlimen Tawau dan juga Kalabakan. Tujuh bahagian kesemuanya iaitu Balung, Apas, Sri Tanjong, Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik.

“Rekod pencapaian menunjukkan rakyat akan bersama kita dan beri sokongan pada kita untuk pimpin sabah ke arah lebih cemerlang dan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Tanjung Batu yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata, jentera PGRS Tanjung Batu juga sudah bersedia dan bergerak menyantuni akar umbi.

“Kita sentiasa menyokong sesiapa yang menjadi calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan sekiranya masyarakat kita bersatu padu, kita boleh menang.

“Sekiranya saya dicalonkan, saya juga akan lebih bersedia dan sentiasa turun padang,” tambahnya.

Related Posts

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka akan menggunakan taktik baharu untuk memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza