Ewon, Armizan kerjasama adakan Dialog Belanjawan 2025 kementerian

PENAMPANG – Dua Menteri Kabinet dari Sabah bersama-sama mengadakan Dialog Belanjawan 2025 sebagai inisiatif untuk mendengar pandangan dan cadangan inisiatif daripada pemegang taruh termasuk pemain industri untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkerjasama menjayakan sesi dialog tersebut bagi dua kementerian berkenaan.

“Terima kasih kepada Datuk Armizan kerana bersetuju bekerjasama mengadakan dialog bersama kementerian saya dan ini satu mesej bahawa kita sedia mendengar dan mengangkat pandangan rakyat

“Dengan adanya idea dan input daripada pelbagai pihak, saya yakin kita dapat memperkemaskan strategi bagi mendapatkan hasil terbaik untuk rakyat menerusi Belanjawan 2025,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog Belanjawan 2025 Kuskop dan KPDN, di ITCC Penampang, di sini, pada Ahad. 

Ewon berkata, sebelum ini, sesi Dialog Belanjawan 2025 Kuskop telahpun diadakan di Kuala Lumpur pada 6 Ogos, sesi libat urus bersama wakil persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil di Kuskop Putrajaya pada 19 Ogos dan melalui Mesyuarat Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

Katanya lagi, pada tahun ini menerusi Belanjawan 2024, hasil daripada sesi libat urus yang diadakan pada 7 September 2023, Kuskop berjaya mendapatkan peruntukan khas bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.

“Sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk Projek Pembangunan Tamu Desa di Sabah dan Sarawak yang sedang dilaksanakan ketika ini bagi menaiktaraf atau membina baharu Tamu Desa,” katanya.

Sesi Dialog ini disertai kira-kira 400 orang mewakili usahawan, penjaja, peniaga kecil, persatuan dan koperasi dari Sabah dan Sarawak.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh para peserta ialah, tambahan peruntukan Projek Tamu Desa di Sabah dan Sarawak, pembiayaan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP Plus) khusus untuk Sabah dan Sarawak diteruskan dan penambahbaikan program dan pembiayaan sedia ada untuk koperasi.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen