Permohonan dalam talian bagi Jurulatih PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara 2025) kini dibuka!

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

PENGAMBILAN JURULATIH PLKN 3.0 (PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA)

Permohonan dalam talian kini dibuka!
Sila rujuk iklan pengambilan dalam lampiran di bawah.

Pengenalan PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai inisiatif untuk melatih belia Malaysia dengan modul selama tiga bulan yang merangkumi latihan fizikal, kenegaraan, pembangunan karakter, dan khidmat komuniti.

Latihan PLKN termasuk komponen ketenteraan asas yang menekankan aspek kepimpinan, ketahanan mental dan fizikal, pembinaan keyakinan diri, serta kerja berpasukan. Antara aktiviti yang terlibat ialah latihan kawad, abseiling, pandu arah, merempuh halangan, latihan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai, serta pengenalan kepada senjata api.

Selain itu, elemen kenegaraan bertujuan memupuk pemahaman mengenai sejarah negara, kedaulatan negara, isu-isu antarabangsa, ancaman keselamatan, dan ketahanan nasional. Dalam aspek pembangunan karakter pula, peserta diberi pendedahan kepada nilai-nilai penting seperti disiplin, tanggungjawab, dan semangat patriotisme.

Sementara itu, aspek khidmat komuniti menekankan aktiviti seperti penyelenggaraan pusat latihan, kerja amal, penglibatan dalam agensi awam, program penghijauan, kempen kitar semula, serta projek gotong-royong dan pembangunan masyarakat desa. Pelbagai inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kerjasama dan kesedaran sosial dalam kalangan peserta.

Pemilihan Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara 3.0

Kementerian Pertahanan Malaysia (JHEV) telah mengumumkan pengambilan jurulatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang akan bermula dalam masa terdekat.

Terdapat dua jawatan kontrak yang ditawarkan, iaitu:
1. Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)

2. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)

Sila rujuk syarat kelayakan Jurulatih PLKN 3.0 dan kriteria bagi setiap jawatan di bawah :

  • Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)

  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2024 (Khamis)
  • Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Gred jawatan dan pelantikan adalah tertakluk kepada pelaksanaan SSPA.

Cara Permohonan Jurulatih PLKN 3.0

Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui info terkini berkenaan pengambilan jurulatih dan pelaksanaan PLKN3.0, sila layari saluran berikut:

Related Posts

Kanser Kolorektal: Ketakutan, kesedaran, tindakan

MAC merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, iaitu kanser kedua paling kerap didiagnosis dan tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun, di sebalik pelbagai kempen dan hebahan oleh agensi kesihatan, tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah