Perlis haramkan penjualan vape mulai 1 Ogos depan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis akan melaksanakan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos ini di seluruh negeri.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2022 yang mengharamkan penggunaan vape di negeri ini.

“Larangan tersebut turut dibuat susulan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja yang kini dianggap sebagai ancaman serius kepada generasi muda.

“Walaupun tidak dapat membanteras penggunaan vape secara menyeluruh, namun sekurang-kurangnya kita ambil langkah awal untuk menyelamatkan anak-anak muda kita,” katanya di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Pada April lalu, seorang pelajar tingkatan tiga pula dilaporkan diserang sawan selepas disyaki menghisap vape di dalam tandas sekolah.

Johor menjadi negeri pertama yang melaksanakan larangan penuh penjualan vape sejak 2016, diikuti oleh Kelantan dan Terengganu atas faktor kesihatan dan panduan syariah.

Melaka pula dilaporkan sedang mempertimbang pelaksanaan larangan di kawasan tertentu, manakala Selangor dalam proses merangka kawalan lebih ketat menerusi pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shukri menyeru semua peniaga dan pengusaha vape di negeri ini agar bersedia untuk beralih kepada perniagaan lain apabila larangan dikuatkuasakan kelak.

“Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu bagi tujuan tersebut (penjualan vape) selepas tarikh itu. Di Perlis, terdapat kurang 50 premis berkaitan yang beroperasi di negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut berharap Kerajaan Persekutuan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani penjualan vape secara dalam talian yang masih berleluasa.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya