JTK Sabah laksana eNORES transformasi perkhidmatan digital

KOTA KINABALU – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah melaksanakan transformasi penyampaian perkhidmatan dari manual ke pendigitalan dengan pembangunan Sistem Bersepadu Pengurusan Penggajian Pekerja Pemastautin (eNORES).

Menurut Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Rosli Isa berkata, kejayaan ini hasil daripada pelbagai kementerian, pemegang taruh, sektor awam dan sektor swasta ke arah penyampaian perkhidmatan bagi pemantapan aplikasi perkhidmatan digital.

“Revolusi industri 4.0 dan perkembangan pantas ekonomi digital kita memerlukan satu sistem yang cekap, telus, responsif dan mesra pengguna.

“eNORES merupakan satu pencapaian besar dalam pendigitalan tadbir urus tenaga kerja bukan pemastautin di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Konvensyen Tripartite Perburuhan Sabah: Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 Sempena Jelajah Pendidikan Perburuhan, di sini, pada Rabu.

Tambahnya, sistem ini mendapat dokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan nasihat teknikal dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

“Saya berharap penambahbaikan sistem ini akan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien.

“Proses penyampaian perkhidmatan dapat dilakukan secara dalam talian 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun,” katanya.

Menurut Rosli, sistem ini mampu menjimatkan masa dan kos, mengurangkan kerenah birokrasi, serta menjadi model rujukan nasional yang memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan digital sekaligus memudahkan urusan pelanggan di bandar mahupun luar bandar.

Dalam majlis tersebut, tujuh agensi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi capaian sistem eNores yang terlibat secara langsung dalam kawal selia pengurusan penggajian pekerja bukan pemastautin di Sabah.

“Agensi kawal selia terdiri daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan; Jabatan Ketua Menteri Sabah; Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah; Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan Sabah (DIDR); Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Pertanian Sabah dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“MoU ini adalah untuk membolehkan agensi kawal selia membuat akses bagi memperolehi data yang berkaitan dengan jabatan masing-masing dalam memudahkan dasar dan perancangan dibuat dan dilaksanakan,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang