Bakal perkukuh daya saing negeri, Johor sambut baik Belanjawan 2025

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri menyambut baik pembentangan Belanjawan 2025 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beberapa manfaat membabitkan kemajuan ekonomi dan peningkatan prasarana rakyat membuktikan negeri ini terus mendapat perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

“Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS SEZ) menjadi salah satu langkah penting yang diketengahkan dalam belanjawan ini, di samping insentif menarik yang ditawarkan melalui Zon Kewangan Khas (SFZ) yang akan memperkukuhkan lagi daya saing ekonomi Johor.

“Selain itu, kesinambungan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Johor seperti pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Hospital Sultanah Aminah 2 dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) akan beri manfaat secara langsung kepada kehidupan rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, pihaknya menyambut baik Belanjawan 2025 yang bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat itu.

“Nantikan juga amanat saya dalam pembentangan Belanjawan Johor 2025 tidak lama lagi yang akan menyentuh pelbagai inisiatif, perancangan, bantuan dan pembangunan.

“Ini akan memberi manfaat serta keyakinan bahawa Kerajaan Negeri memandang serius tentang kepentingan rakyat. Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam