Perkasa belia celik politik, semangat kesukarelawanan dan kepimpinan progresif – Ellron

KOTA KINABALU – Pemupukan celik politik, semangat kesukarelawanan dan kepimpinan progresif dalam kalangan belia perlu bagi mewujudkan belia yang berdaya tahan dan bertanggungjawab.

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin berkata, usaha itu sebagai persediaan belia dalam menghadapi landskap politik yang sentiasa berubah.

“Dengan platform yang betul, suara belia boleh menjadi pemangkin konstruktif dalam institusi demokrasi membentuk komuniti ASEAN dan dunia yang lebih inklusif, bersatu dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Persidangan Belia Antarabangsa 2025 (YOURS’25), di Ming Garden Hotel and Residence, di sini pada Rabu.

Mengenai YOURS’25 yang bertemakan ‘Memperkasa Belia Demi Masa Depan Mampan: Membentuk Generasi Berdaya Tahan dan Bertanggungjawab’, beliau berkata ia adalah satu usaha yang wajar dalam mempersiap belia dalam mendepani cabaran masa depan.

“YOURS’25 bukan sahaja mencetuskan dialog, malah telah menerangi semangat dan tujuan iaitu menerangi laluan kita ke arah sebuah komuniti global yang lebih inklusif, progresif dan responsif terhadap belia.

“Sepanjang beberapa hari lalu, kita telah menyelami pertukaran pandangan yang mendalam dan memperluaskan pengetahuan, dibimbing oleh pemikir tersohor dari seluruh dunia.

“Perbincangan ini telah membuka mata kita terhadap realiti kompleks dan cabaran yang semakin berkembang yang dihadapi oleh belia masa kini, merangkumi dimensi sosial, ekonomi, politik dan teknologi,” katanya.

Jelasnya, perkongsian sepanjang YOURS’25 bukan sahaja bersifat analitikal tetapi berjaya mewujudkan pelan tindakan yang membawa kepada perubahan.

Ellron berkata, dapatan utama yang paling penting dalam persidangan itu adalah keperluan mendesak untuk koordinasi rentas sektor dan Kementerian dalam membentuk agenda pembangunan belia yang benar-benar holistik.

“Isu belia adalah bersifat merentas dan perlu ditangani melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan seluruh kerajaan dan seluruh masyarakat merangkumi kementerian pendidikan, ekonomi, teknologi, kesihatan, komunikasi, hal ehwal luar dan lain-lain” ujarnya.

Menurut Ellron, KBS Sabah telah meletakkan asas yang kukuh melalui pelbagai inisiatif pemerkasaan belia, platform penglibatan digital, dialog dasar belia dan program latihan kepimpinan serta penyelidikan berasaskan bukti.

“Usaha-usaha ini sedang membuka jalan ke arah dasar belia yang berasaskan data dan bersedia untuk masa depan, bukan sahaja untuk Malaysia, bahkan rantau yang lebih luas,” tambahnya.

Sebagai rekod, program ini dihadiri lebih 120 peserta yang mewakili pelbagai sektor dan latar belakang termasuk pembuat dasar, pemimpin belia, ahli akademik, usahawan, pertubuhan masyarakat sivil dan rakan-rakan antarabangsa.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka