Media perlu bentuk AI, bukan sebaliknya – Fadillah

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa media bukan sekadar pemerhati, sebaliknya rakan strategik penting dalam pembangunan negara khususnya dalam mendepani cabaran era kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, Sarawak berperanan besar apabila menjadi peneraju penganjuran Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 dengan tema penting: ‘AI: Shaping the Future of Media and Journalism.’

“Kita tidak boleh hanya bertanya sama ada AI akan membentuk masa depan, kerana ia pasti akan. Soalnya, adakah kita akan membentuk AI atau AI yang akan membentuk kita?” katanya dalam ucapan perasmian majlis makan malam HAWANA dan SMeC 2025.

Menurutnya, peranan wartawan kini semakin kritikal dalam menangani banjir maklumat palsu. 

“Wartawan perlu kekal sebagai benteng integriti dan penjaga kebenaran dalam era maklumat yang kompleks,” ujar beliau.

Beliau turut memuji pelibatan tokoh media Sarawak seperti Madam Phyllis Wong dan Ronney Teo dalam Majlis Perundingan Media Kebangsaan, sekali gus membuktikan pengaruh Sarawak dalam landskap kewartawanan negara.

Dalam konteks dasar pula, Fadillah menekankan komitmen kerajaan MADANI untuk mewujudkan ekosistem media yang kukuh dan beretika termasuk melalui penggubalan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 dan perlindungan untuk wartawan sambilan.

Beliau turut menyeru media untuk terus memainkan peranan penting dalam menyoroti isu-isu rakyat sejajar dengan aspirasi Sarawak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan berteknologi hijau di bawah PCDS 2030.

“Biar platform anda menjadi ruang di mana kebenaran diraikan, maruah dipelihara dan harapan tidak pernah padam,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan dana untuk Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS dan Kelab Belia Azam Bandar Kuching masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM25,000. 

Manakala, Journalist Association of Kuching (KDJA), Northern Sarawak Journalist Association (NSJA), Sibu Journalists Association (SJA) serta Institute of Rejang Journalists (IRJ) masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM15,000.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis