Perbalahan kenyataan antara kepimpinan, petanda jelas PN makin retak

PELBAGAI kenyataan yang diluncurkan oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) jelas menunjukkan gabungan itu kini semakin retak apabila sering bercanggah pendapat di antara satu sama lain.

Ini turut diakui oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar bahawa gelagat itu turut mendapat perhatian dari masyarakat hari ini.

Ini terbukti kenyataan bercanggah antara Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang secara terbuka menegur Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu mengenai pengurusan Perikatan Nasional (PN) kerana buat keputusan tanpa rundingan.

Sedangkan dalam masa sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Ahmad Faizal Azumu menafikan perkara itu.

Ahmad Faizal menyatakan semuanya dibuat secara konsesus dengan persetujuan Pas melalui mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan PN.

Menurut Mahfuz, retaknya kepercayaan sesama komponen pembangkang ini membuktikan gabungan tersebut tidak memiliki hala tuju yang jelas ntuk rakyat, sebaliknya terus dibelenggu perebutan kuasa dalaman.

“Perbalahan terbuka mengenai siapa yang lebih layak menjadi Perdana Menteri, pelantikan jawatan, serta proses membuat keputusan menunjukkan PN bukan gabungan yang matang, tetapi terikat kepada kepentingan individu dan kelompok elit politik.

“Nak turunkan Anwar tapi berbalah sesama sendiri dan bergaduh siapa nak menjadi Perdana Menteri. Ingatkan bertengkarnya Pas dan Bersatu ada formula nak hapus cukai SST atau turunkan harga barang lebih murah,” ujarnya.

Jelas Mahfuz, sementara mereka terus bercakaran soal kuasa, Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim komited mengangkat isu rakyat daripada kos sara hidup, penciptaan pekerjaan hingga usaha menarik pelaburan dari negara maju.

Justeru, Amanah menyeru rakyat tidak terpedaya dengan slogan palsu pembangkang yang kononnya bersatu nak turunkan Anwar sedangkan mereka sendiri tidak sepakat menentukan hala tuju politik mereka.

Related Posts

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan