Peranan penting media sebar maklumat sahih terkait hal ehwal agama

PUTRAJAYA – Media memainkan peranan penting menyebarkan maklumat sahih, tepat dan menyeluruh berkaitan hal ehwal agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, kerjasama diberikan media membolehkan masyarakat lebih memahami peranan, perkembangan dan juga sumbangan agensi serta jabatan agama.

“Kita bukan hendak tunjuk baik dengan memberitahu apa yang sedang dilakukan (oleh agensi agama) tetapi dalam konteks ini, agensi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak boleh bergerak sendiri.

“Perlu ada media membantu menyampaikan apa sedang YaPEIM lakukan dan usaha agensi itu membantu masyarakat,” katanya pada Majlis Penghargaan dan Amal YaPEIM Bersama Media 2024, malam tadi.

YaPEIM turut menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada beberapa kelab media dan persatuan karyawan pada majlis itu.

Mohd Na’im turut menzahirkan keprihatinan terhadap pengamal media yang memerlukan bantuan, justeru sumbangan disampaikan kepada mereka melalui persatuan atau kelab media berkaitan.

Related Posts

Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang