Peranan aktif NADI penting dalam penyaluran inisiatif kerajaan

SANDAKAN – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaikan mesej dan inisiatif kerajaan kepada rakyat, terutamanya golongan akar umbi. 

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pendekatan itu termasuk memperkukuh penyebaran maklumat secara positif mengenai usaha dan dasar Kerajaan MADANI yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 “Saya sebutkan tadi bahawa NADI di seluruh negara mesti memberikan tumpuan secara khusus menyampaikan mesej dan juga inisiatif-inisiatif kerajaan kepada kelompok masyarakat yang paling bawah.

 “NADI ini berada di lebih daripada seribu kawasan di seluruh negara, maka ia harus berupaya menjadi pusat penyebaran maklumat sampai ke akar umbi,” katanya kepada media selepas Lawatan Kerja ke NADI Sim-Sim, di sini pada Isnin.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan petugas dan ejen NADI untuk memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang berkesan.

 “Saya memberikan pandangan dan tumpuan supaya petugas dan ejen-ejen NADI mampu menjadikan pusat ini sebagai tempat yang memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan MADANI sepanjang dua tahun lalu supaya mereka dapat menghayati MADANI itu bekerja,” ujarnya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter