Peralihan sumber tenaga bekalan elektrik perlu dilaksana secara berperingkat

KLANG – Peralihan sumber tenaga daripada pembakaran arang batu dan diesel kepada gas atau nuklear bagi grid bekalan elektrik di Malaysia memerlukan pendekatan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohammad Yusof Apdal berkata, kementeriannya dalam proses mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi nuklear bagi penjanaan tenaga elektrik.

Menurut beliau, Malaysia yang bergantung kepada sumber konvensional selain penjanaan melalui empangan ketika dunia berdepan krisis tenaga akibat ketidakstabilan di Asia Barat tidak memiliki kelebihan seperti negara maju yang telah menggunakan tenaga nuklear.

“Tentu kita sudah faham ada keperluan untuk kita mengkaji dan melihat kepada keperluan kepada penggunaan kaedah lain sama ada nuklear atau gas. Kalau di Sabah saya sebut gas lebih murah dan mampan.

“Sekarang, kalau di Sabah sebagai contoh kita banyak menggunakan diesel sudah tentu bila melihat di seluruh dunia sekarang, kosnya sangat tinggi dan ia akhirnya membebankan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kerjasama Tetra Pak dan Pure Mylk bagi menggalakkan industri minuman berasaskan tumbuhan, dekat Pulau Indah, Pelabuhan Klang, pada Rabu.

Terdahulu media tempatan melaporkan, negara ini perlu segera melaksanakan peralihan tenaga sebagai strategi jangka panjang bagi memastikan negara tidak terdedah kepada krisis sekiranya berlaku ketidaktentuan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara memerlukan pendekatan lebih mampan, pelbagai dan kos efektif dalam menguruskan sektor tenga.

Bagaimanapun, Mohammad Yusof memaklumkan, peralihan tersebut perlu dilakukan secara berperingkat supaya penggunaan sumber tenaga baharu dapat diterima dalam kalangan masyarakat.

“Seperti di Selangor, memang kita tidak pilih (belum putuskan) kawasan mana. Asalkan ia (tenaga nuklear) boleh dipakai, kenapa tidak. Seperti Perdana Menteri sebutkan, peralihan itu pendekatan yang baik untuk negara supaya kita lebih mampan, ekonomi baik dan masyarakat terbela.

“Itu memang kita harap rakyat juga akan faham apabila kerajaan membuat sesuatu ke arah yang memastikan yang kita boleh membela rakyat, kita harus bersama-sama,” katanya.

November tahun lalu, kerajaan Selangor menjangkakan untuk melaksanakan penjanaan tenaga melalui teknologi nuklear seawal lima tahun lagi sebagai sumber yang bersih dan boleh diperbaharui.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan sedang membina kapasiti dan akan menghantar beberapa pegawai yang lahir daripada fakulti atau bidang kejuruteraan berkaitan nuklear.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James