Perak FA sasar kembali ke Liga Super, fokus persiapan Liga A1 Semi-Pro

IPOH – Perak FA yang bakal beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 meletakkan harapan tinggi untuk kembali bersaing di pentas tertinggi bola sepak negara, Liga Super, pada masa hadapan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sentiasa komited dalam usaha merealisasikan impian mengangkat semula kegemilangan pasukan.

“PAFA mempunyai cita-cita besar untuk melihat skuad yang bersaing dalam Liga A1 ini berjaya melangkah lebih jauh dan seterusnya kembali ke Liga Super,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, merasmikan Pesta Sukan Ukur Semalaysia (PESUMA) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, malam Jumaat.

Mengulas perkembangan pasukan, Khairudin memaklumkan seramai 24 daripada 30 pemain telah menerima surat tawaran pada 27 Jun lalu, melibatkan gabungan pemain senior dan pelapis.

“Setakat ini, 24 pemain telah menandatangani kontrak. Daripada jumlah itu, 11 merupakan pemain senior manakala 13 lagi adalah pemain pelapis yang turut disasarkan untuk SUKMA Selangor 2026,” katanya.

Tambah beliau, pihak pengurusan juga sedang meneliti beberapa calon pemain import yang sesuai mengikut sistem permainan pasukan, kemampuan kewangan serta keperluan strategik.

“Kita tidak menghalang pengambilan pemain import. Keputusan itu terletak di bawah bidang kuasa pengurusan tertinggi PAFA dan kerajaan negeri menyambut baik sebarang usaha memperkukuh pasukan,” ujarnya.

Mengenai venue perlawanan untuk saingan Liga A1 Semi-Pro, Khairudin menjelaskan perkara tersebut masih dalam perbincangan.

Antara lokasi alternatif ujarnya adalah Stadium Majlis Perbandaran Manjung (Stadium Manjung), namun ia tertakluk kepada persetujuan semua pihak memandangkan stadium itu turut digunakan oleh Kelab Manjung FC.

“Penggunaan Stadium Manjung masih dalam rundingan. Dalam masa yang sama, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menaik taraf padang di Stadium Perak dengan penukaran rumput jenis Zeon Zoysia,” jelasnya.

Menurut beliau, jika kerja-kerja naik taraf itu siap sepenuhnya dan padang disahkan selamat digunakan, tidak mustahil Stadium Perak akan menjadi gelanggang rasmi pasukan Perak FA bagi aksi Liga A1 Semi-Pro.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM