Kesihatan anggota keselamatan penentu kekuatan pertahanan negara – Suhaimi

SANDAKAN –  Kesihatan anggota keselamatan merupakan antara faktor utama yang menentukan kekuatan pertahanan negara khususnya di kawasan strategik seperti Pantai Timur Sabah yang sering berdepan ancaman keselamatan.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, kebajikan dan tahap kesihatan anggota keselamatan perlu diberi perhatian serius memandangkan mereka bertugas dalam persekitaran mencabar serta menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Lawatan ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sri Kinabatangan membuka ruang untuk saya melihat sendiri keperluan semasa, cabaran logistik dan operasi yang dihadapi oleh petugas perubatan serta anggota tentera.

“Kita perlu pastikan mereka diberikan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan berkualiti,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Klinik Perubatan RAMD Kem Sri Kinabatangan, pada Jumaat.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran memberi jaminan akan membawa isu berkaitan fasiliti dan kebajikan pasukan keselamatan ke peringkat Kementerian dan agensi berkaitan demi menjamin kesiapsiagaan pertahanan negara.

Suhaimi turut menyeru kerajaan memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur dan prasarana kesihatan di kem-kem tentera luar bandar seperti Sandakan dan Lahad Datu yang menjadi benteng utama keselamatan negara.

“Sokongan rakyat terhadap pasukan keselamatan adalah asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara. Kita perlu sentiasa bersama mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga 22 RAMD atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas demi negara.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM