Penyokong Hijau Kuning ‘pening’, dua pasukan guna nama Kedah

ALOR SETAR – Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Hasmadi Hamzah menganggap kewujudan pasukan baharu dengan nama Kedah FA dalam saingan Liga A1 musim hadapan bakal mengundang perpecahan dalam kalangan penyokong.

Ia susulan penganjur Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengumumkan Kedah FA bakal bertanding pada saingan musim depan manakala Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sedia ada antara tiga pasukan diberikan kelulusan bersyarat untuk menyertai Liga A1 Semi Pro.

Menurut Hasmadi, pihaknya merasa pelik dengan tindakan menubuhkan kelab baharu diberi nama Kedah FA sedangkan KDA FC masih lagi bernyawa dan membawa imej negeri Kedah selama ini.

“Bayangkan ahli dalam kelab kami juga akan pening terpaksa memilih untuk menyokong kelab yang mana satu ini boleh mengundang perpecahan dalaman dalam kalangan kelab kami sendiri.

“Selain itu, penyatuan seluruh penyokong Kedah juga akan tergugat apabila kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam satu liga dan pada masa yang sama bertembung antara satu sama lain.

“Malah dalam aspek kewangan dan penajaan pasukan juga boleh menyusut disebabkan penaja juga terpaksa memilih salah satu untuk menaja pasukan.

“Ini boleh mengecilkan jumlah penajaan yang mana KDA FC sendiri sedang berjuang untuk membina kewangan daripada penaja berpotensi di Kedah,” katanya

Related Posts

Seri lawan Brentford, Arsenal gagal lebarkan jurang

ARSENAL terlepas peluang melebarkan penguasaan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada enam mata selepas Brentford mengejutkan The Gunners dengan keputusan seri 1-1 awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya lapan bulan, Tottenham rasmi pecat Frank

TOTTENHAM Hotspur memecat Thomas Frank selepas hanya lapan bulan membimbing kelab itu, susulan prestasi hambar menyaksikan mereka kini hanya lima mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris. Keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026