KPDN rampas beg tiruan berjenama nilai lebih RM2,000

RANTAU PANJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu sebuah premis menjual pelbagai beg tiruan serta menahan seorang wanita di Kampung To’Deh dekat sini, pagi semalam.

Operasi bersepadu jam 10 pagi itu membawa kepada rampasan 114 unit beg tangan wanita dianggarkan bernilai RM2,280.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, premis itu dipercayai digunakan untuk penjualan barangan tiruan secara dalam talian melalui siaran langsung di platform media sosial TikTok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019, iaitu memiliki dan mengawal barangan yang dipakaikan cap dagangan berdaftar secara salah bagi tujuan perdagangan.

“KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau pihak yang masih berdegil memperdagangkan barangan tiruan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Azman, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi demi melindungi hak pemilik cap dagang dan pengguna.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi