Penyelarasan subsidi diesel bukan isu spesifik masyarakat Cina

KLUANG – Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching tidak menyangkal wujudnya rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina susulan penyelarasan subsidi diesel namun ia bukanlah masalah spesifik berkait mereka.

Justeru, selaku Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Nie Ching berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk turun memberi penjelasan rasional kepada rakyat yang terkesan dengan penyelarasan subsidi dan tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Cina sahaja.

“Kalau cakap ada yang marah, tidak gembira… saya rasa itu bukan hanya masyarakat Cina saja. Tapi saya percaya orang lain yang dulunya menikmati subsidi diesel juga akan rasa tidak puas hati.

“Jadi, saya tak lihat ini sebagai isu yang spesifik atau isu ini (subsidi diesel) hanya wujud dalam kalangan masyarakat Cina.

“Sebagai salah seorang anggota kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan kepada rakyat jelata kenapa perlunya formula baharu untuk subsidi diesel, selain mengekang kes penyeludupan bahan api yang serius. Ikut statistik dari 2019 ke tahun 2023, kenderaan diesel meningkat 33 peratus saja tetapi kegunaan diesel meningkat sebanyak 70 peratus, jadi angka ini tidak munasabah,” jelas beliau ketika sidang media pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kulai itu berkata, secara lazimnya setiap kali harga sesuatu barang naik dan rakyat terkesan dengan kenaikan ini memanglah rakyat tidak gembira.

Sebelum ini Perikatan Nasional (PN) mendakwa masyarakat Tionghua kurang senang dengan penyelarasan subsidi diesel yang dilaksana kerajaan.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat