Akmal, Teresa kempen sepentas: Terpulang pengarah pilihan raya – Nie Ching

KLUANG – Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching menyerahkan kepada strategi politik Pengarah Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menyatukan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Nie Ching yang juga Naib Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kulai tidak ada masalah sekiranya jentera pilihan raya PH-BN untuk mempertemukan Akmal dan Teresa di pentas ceramah PRK DUN Mahkota.

“Saya rasa ini (cadangan) terpulang kepada pengarah pilihan raya PRK DUN Mahkota, (Onn Hafiz) bagi mereka fikir apa yang terbaik untuk dianjurkan kerana saya bukan pengarah pilihan raya, jadi bukan kapasiti untuk jawab,” responsnya ringkas, pada Isnin.

Ditanya adakah Teresa selaku Naib Pengerusi DAP Kebangsaan akan hadir berkempen di Mahkota, Nie Ching bagaimanapun tidak maklum akan perkara itu.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan perang antara Akmal dan Teresa sudah tamat.

Pun begitu situasi di Mahkota masih belum reda apabila didakwa pengundi Cina masih lagi kurang berpuas hati dengan kenyataan lantang Akmal terhadap Teresa terkait isu sijil halal.

Related Posts

Desak Muhyiddin berundur, Ronald sila ‘cermin diri’

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bukan sosok pemimpin yang layak mendesak Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada memegang jawatan. Ketua Penerangan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang