Tanaman padi 5 musim 2 tahun kurangkan kebergantungan padi import – PM

JERLUN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertindak segera secara bersepadu bagi menjayakan program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata, inisiatif ini penting untuk meningkatkan keupayaan pesawah tempatan selain memastikan hasil tuaian padi negara kekal mampan.

“Inisiatif ini amat dekat di hati saya. Justeru, pelaksanaan yang pantas dan penyelarasan yang berkesan amat penting untuk menjayakan projek ini,” katanya selepas meninjau kemajuan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam dua tahun di Kawasan MUDA, di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam, hari ini.

Anwar yakin ikhtiar berani Kerajaan MADANI ini akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara, selain mengurangkan kebergantungan kepada import serta memperkukuh kadar sara diri beras negara.

“Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara pesawah, memahami keperluan mereka dan berazam untuk terus memperkasa sektor ini melalui pelbagai sokongan serta inisiatif berterusan,” katanya.

Menurut beliau, usaha itu membuktikan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan membela nasib pesawah yang menjadi tulang belakang sektor agromakanan negara.

Lawatan tersebut merupakan kunjungan kali kedua Perdana Menteri ke tapak projek berkenaan bagi meninjau kemajuan semasa pembangunan infrastruktur pertanian sebagai persediaan ke arah pelaksanaan pertanian pintar, selari dengan usaha kerajaan memperkukuh bekalan makanan negara dan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

Projek yang sedang dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada penaiktarafan sistem pengairan dan saliran serta pemerkasaan penggunaan teknologi moden dalam sektor penanaman padi.

la dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam swasta, yang bukan sahaja menyokong intensifikasi aktiviti penanaman, malah mampu meningkatkan hasil produktiviti pesawah dan menambah pendapatan mereka.

Program ini juga dilihat sebagai usaha strateglk untuk membawa reformasi besar dalam industri padi dan beras negara, sejajar dengan matlamat Kerajaan MADANI.

Menurut kenyataan dikeluarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dengan pelaksanaan lima musim penanaman dalam tempoh dua tahun, negara dijangka mampu mengurangkan kebergantungan kepada beras import dan meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi komoditi strategik ini.

Projek pembangunan ini merangkumi dua komponen utama, iaitu pembinaan dan penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier (projek 1) serta Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu Fasa 1 (projek 2), melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 bilion.

Pelaksanaannya dijangka memberi pesawah harapan untuk mendepani cabaran perubahan iklim yang sedang dihadapi dunia dan juga negara kita.

“Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan agar manfaat projek ini dapat dirasai secara langsung oleh pesawah, khususnya dari segi peningkatan hasil tuaian dan jaminan pendapatan lebih mampan.

“Pada masa sama, kestabilan harga beras tempatan dan kebajikan pesawah akan terus menjadi keutamaan,” kata kenyataan itu lagi.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa