Penunggang motosikal maut berlanggar dengan lori

PENAMPANG – Seorang penunggang motosikal maut akibat pelanggaran dengan sebuah lori di Jalan Sapulut-Donggongon-Tambunan dekat Kampung Kivatu di sini.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerusi laman Facebook rasmi, pada jam 12.59 tengah malam pihak mereka menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut.

Akibat daripada pelanggaran itu, seorang warga tempatan 23 tahun cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu bagi bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 133), boleh dipenjara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Justeru itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memadu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang