Penubuhan sekolah politik perlu dibuat dengan teliti

KUANTAN – Penubuhan sekolah politik UMNO seperti diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, perlu dibuat secara teliti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, satu perbincangan lebih lanjut akan diadakan dalam masa terdekat bagi merealisasikan hasrat pemimpin utama parti itu.

“Sekolah politik ini bukan satu perkara yang boleh diambil mudah… jadi, kita nak tengok silibus dia, modulnya macam mana dan kumpulan sasar itu siapa.

“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut dan dalam terdekat, saya akan panggil dan kita akan melihat perkara ini perlu banyak perbincangan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Bantuan Prihatin Pahang 2024 kepada masjid, surau kebenaran Jumaat, pelajar tahfiz dan mualaf di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid ketika merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pahang di Temerloh, memaklumkan BN akan menubuhkan sekolah politik di bawah Majlis Latihan dan Penkaderan UMNO bagi melatih pemimpin pelapis yang berpotensi diketengahkan sebagai bakal calon dalam pilihan raya umum (PRU).

Katanya, melalui sekolah politik itu, mereka yang dikenal pasti dan terpilih akan diberi latihan secara teori dan amali kepimpinan.

Bagaimanapun, Wan Rosdy menjelaskan mereka yang dipilih ke sekolah politik itu tidak semestinya akan menjadi calon dalam PRU.

“…. pelapis-pelapis la kita panggil dan dalam pelapis ini, mungkin ada (yang akan jadi) calon… yang (ini) kita sendiri pun tak tahu,” katanya.

Related Posts

Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa. Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis