Mangsa hilang dikhuatiri jatuh ke sungai ditemukan meninggal dunia

BINTULU – Seorang pemuda berusia 21 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dikhuatiri jatuh ke dalam Sungai Ngigu akhirnya ditemukan meninggal dunia pada pagi Isnin.

Mangsa, Ilron Dennis, seorang lelaki tempatan dilaporkan hilang pada 26 Oktober lalu sekitar jam 7:43 malam di kawasan Lot 1624, Jalan Sungai Ngigu, Bintulu, Sarawak.

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pada hari kedua operasi, sepasukan enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu yang diketuai oleh PBK II Shukri Salleh telah dikerahkan ke lokasi menggunakan kenderaan Hilux dan sebuah bot aluminium.

Mangsa akhirnya ditemui pada 9:59 pagi oleh pasukan SAR sebelum dibawa ke darat untuk proses pengecaman bersama pihak polis.

Penyerahan mayat kepada pihak polis dilakukan sekitar 10:30 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10:43 pagi.

Operasi SAR ini turut dibantu oleh beberapa agensi lain termasuk Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan pasukan Life Saving Service (LSS) yang turut menyumbang tenaga dan kelengkapan bot bagi mempercepatkan operasi pencarian.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu