Pensyarah UUM gagal tangguh bayaran ganti rugi RM400,000

PENSYARAH Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi RM400,000 berhubung saman fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam buku ‘Becoming Hannah’.

Pesuruhjaya Kehakiman, Avinder Singh Gill membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam, Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah dan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang hadir bagi pihak Kamarul selaku defendan.

Hakim mendapati, tiada keadaan khas membolehkan penangguhan pembayaran berkenaan.

Selepas prosiding, Sangeet Kaur berkata, tempat yang tepat untuk membangkitkan isu itu adalah di Bahagian Insolvensi Mahkamah Tinggi atau di peringkat rayuan.

“Berbekalkan keputusan ini, defendan perlu membayar dan kami akan meneruskan prosiding pelaksanaan, termasuk prosiding muflis.

“Mahkamah turut memerintahkan Kamarul membayar kos RM2,500,” katanya yang menambah Ahli Parlimen Segambut dan defendan tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguam.

Sementara itu, Mohd Khairul berkata, penghakiman ini sudah berkuat kuasa dan mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Pada masa sama, Hannah memfailkan prosiding muflis terhadap anak guam,” katanya.

Media pada 30 Mei lalu melaporkan, Kamarul Zaman diperintah membayar ganti rugi RM400,000 kepada Menteri Belia dan Sukan itu berhubung dua hantaran fitnah di laman sosial Facebook lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan saman dikemukakan Hannah terhadap Kamarul Zaman selain mendapati pemimpin DAP itu berjaya membuktikan kesnya.

Ia membabitkan ganti rugi am dan teruk, masing-masing sebanyak RM200,000 bagi setiap penerbitan.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM80,000 kepada Ahli Parlimen Segambut itu selaku plaintif.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen