Penjawat awam negeri Perak terima bonus raya RM1,500

IPOH – Rezeki Aidilfitri bagi 13,582 penjawat awam negeri Perak apabila Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 yang akan disalurkan pada 24 Mac depan.

BKK tersebut membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta turut melibatkan Orang Besar Jajahan, guru lantikan negeri dan pekerja sambilan harian.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di sini, malam tadi (Rabu).

“Kebiasaannya kita ambil kira negeri lain umum berapa. Kalau mereka umum RM1,000, kita tak boleh umum lebih dari RM1,000 biasanya.

“Tinjau-tinjau pendapat, kalau RM1,000 sama macam tahun lepas, tapi kalau RM2,000 banyak sangat.

“Terima kasih saya ucapakan kepada Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Aida Hazlyn Hassan dan pasukannya kerana memang pandai menjimatkan duit.

“Akhirnya saya sembang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, dan kita beri bonus raya RM1,500,” katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak.

Sementara itu, Saarani dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kakitangan awam negeri yang berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Galian serta pejabat-pejabat daerah.

“Kenaikan kadar BKK Raya tahun ini didorong oleh amalan penjimatan kerajaan negeri, peningkatan hasil termasuk menerusi perlombongan unsur nadi bumi bukan radioaktif (NR-REE), kestabilan politik, serta kemasukan pelabur,” tambah beliau.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak