Peniaga rugi hampir RM200,000 lepas ‘borong buah’

KUANTAN – Seorang peniaga wanita kehilangan wang simpanan kira-kira RM200,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Kejadian dipercayai bermula Ahad lalu apabila mangsa berusia 50 tahun memuat turun satu fail aplikasi Android Package Kit (APK) mencurigakan yang diperoleh melalui iklan borong buah di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mangsa menghubungi suspek melalui nombor telefon dipaparkan dalam iklan itu.

“Mangsa kemudian diminta memuat turun satu fail APK dan mengisi maklumat peribadi, kononnya bagi tujuan penghantaran buah, dengan bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD) sebanyak RM141.60.

“Namun, pada Rabu mangsa menerima makluman daripada pihak bank mengenai beberapa transaksi mencurigakan yang berlaku dalam akaun miliknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kim Wai berkata, hasil siasatan mendapati sebanyak 11 transaksi berjumlah RM109,991.80 dilakukan dari akaun peribadi mangsa ke tujuh akaun bank berbeza.

Jelasnya, satu lagi akaun bersama – milik mangsa dengan suami – turut terjejas apabila berlaku sembilan transaksi berjumlah RM89,996.90.

“Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa adalah sebanyak RM199,988.74 dan wang itu adalah simpanan peribadi pasangan suami isteri berkenaan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan