Pengundi, penghuni Sepanggar tercicir sumbangan haji diminta hubungi pejabat Parlimen

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud menyeru pengundi yang tinggal di luar kawasan serta penghuni yang menetap di Sepanggar tetapi tercicir daripada senarai penerima sumbangan haji agar segera menghubungi pejabat Parlimen untuk pertimbangan.

“Jika ada lagi yang tercicir, yang mungkin tidak tersenarai dalam maklumat kita, mohon maklumkan kepada pejabat Parlimen.

“Terutama sekali pengundi-pengundi di Sepanggar.

“Bukan setakat pengundi, malah penghuni yang menetap di kawasan ini juga.

“Kalau mereka tidak tersenarai dalam data kami di Parlimen Sepanggar, insya-Allah kita akan pertimbangkan untuk memberikan sedikit sumbangan bagi memudahkan perjalanan mereka ke Tanah Suci,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Sepanggar di Masjid Nur Iman, Taman Kemajuan Likas, di sini pada Sabtu.

Seramai 18 jemaah haji dari kawasan Parlimen Sepanggar akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.

Dalam pada itu, Mustapha turut menasihati para jemaah agar menjaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Pertama sekali, jangan bimbang kerana kita adalah tetamu Allah. Apa yang ditinggalkan insya-Allah akan terjaga.

“Luruskan niat agar dapat menunaikan ibadah dengan baik dan memperoleh haji yang mabrur.

“Jaga kesihatan semasa berada di Tanah Suci. Bawa bekalan ubat yang mencukupi dan jika boleh, bawa juga makanan-makanan kering kegemaran kita kerana tempoh berada di sana agak panjang dan mungkin akan teringat makanan, terutama makanan Sabah,” nasihatnya.

Tambah beliau, seluruh warga Sepanggar termasuk pejabat Parlimen dan Tabung Haji bersyukur serta berbangga dapat meraikan bakal jemaah haji dari kawasan berkenaan.

“Kami mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji dan mendoakan agar semua mendapat haji yang mabrur,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16