Pengundi Ayer Kuning tidak perlu terpengaruh isu lapuk pembangkang

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berdasarkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan selain penolakan terhadap retorik politik pembangkang.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kempen yang dimainkan Pas setakat ini dilihat tidak memberi kesan besar kerana pengundi semakin bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan isu-isu nasional yang sering dibangkitkan secara berlebihan.

Menurutnya, pengundi tidak akan terpedaya lagi dengan naratif ‘Islam terancam’ atau ‘Melayu tergugat’ yang disifatkan sebagai isu lapuk dan tidak lagi relevan sebagai kempen pilihan raya.

“Rakyat sudah muak dengan isu sebegitu. Isu-isu nasional yang dijadikan bahan kempen pembangkang juga tak akan jejaskan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Tiada masalah serius berkaitan hubungan antara kaum, kaum Melayu tidak terancam, yang bukan Melayu juga tiada masalah. Kerajaan menjaga kepentingan semua kaum dengan baik,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu di kediamannya di sini hari ini.

Mahfuz turut menepis dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan menyebabkan berlaku pengusiran orang Melayu, seperti dijaja pemimpin pembangkang sebelum ini, sebaliknya menegaskan RUU tersebut memberi manfaat kepada semua pihak tanpa mengira kaum.

“Tak akan berlaku pengusiran seperti didakwa segelintir pihak. Contohnya, di Kedah ada flat lama seperti Flat Alor Malai sepatutnya diubah suai atau dibina semula. Penduduk hanya dipindahkan sementara rumah dibina semula, kemudian diserahkan semula kepada mereka.

“Kos pemindahan dan sewaan rumah sementara juga ditanggung pemaju. Tiada pengusiran akan berlaku,” jelas beliau.

Mengulas mengenai pandangan Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA, Mujibu Abd Muis bahawa gabungan undi BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15 lalu memberi kelebihan berbanding parti lawan, namun beberapa faktor lain perlu dipertimbangkan antaranya peningkatan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan rekod, undi PN meningkat daripada sekitar 2,000 pada 2018 kepada 6,812 pada 2022 menunjukkan trend sokongan bertambah selain kemungkinan berlaku undi protes.

Ia mungkin menjadi kekuatan PN dalam PRK tersebut ekoran sentimen Melayu-Islam masih membelenggu BN-PH.

Mahfuz sebaliknya menolak kemungkinan berlaku undi protes kalangan penyokong PH, khususnya pengundi Amanah.

“Kami sebulat suara menerima keputusan mengekalkan parti yang menang bertanding di Ayer Kuning, yang membentuk kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Saya tak bimbang jika ada sedikit pengurangan undi, ia mungkin disebabkan oleh pengundi luar yang tidak dapat pulang mengundi. Saya juga tidak nampak sebarang ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Perpaduan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz membidas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang mendakwa kononnya ramai pengundi di Ayer Kuning mahukan kerajaan sedia ada ditukar.

“Itu sebenarnya sindiran orang kepada mereka (Pas) yang asyik jaja isu tukar kerajaan. Tidak ada orang yang waras mahu tukar kerajaan sekarang, sedangkan prestasinya baik.

“Harga telur murah, ayam pun tiada masalah sepanjang Ramadan dan Hari Raya. Keadaan aman, rakyat bersyukur. Jangan kata orang waras, orang tak waras pun takkan tukar kerajaan sebab sekarang telur ayam murah!” ujarnya sambil berseloroh.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertembungan antara BN yang mempertaruhkan Dr Mohamad Yusri Bakir, dengan Abdul Muhaimin Malek dari PN manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencalonkan Bawani KS.

Related Posts

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA