Pengiring rapat Tun Musa Aman meninggal dunia akibat kemalangan

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menzahirkan rasa sedih atas pemergian pengiring rapatnya, Allahyarham Koperal Azfar Arshad, 34, yang meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan, pada Isnin.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa, Tun Musa memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) di sini.

“Saya menerima berita sedih bahawa pengiring rapat saya, Allahyarham Koperal Azfar Arshad, yang terlibat dalam kemalangan kelmarin, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth 1,” katanya.

Tun Musa turut berkongsi bahawa beliau sempat menziarahi jenazah dan bertemu keluarga Allahyarham sebelum bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri upacara pengebumian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya menyeru kita semua untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tambahnya.

Allahyarham Koperal Azfar terbabit kemalangan di Taman Megah Gayang, Tuaran pada awal pagi Isnin semasa perjalanan ke tempat kerja.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri